Wednesday, August 3, 2011

Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan



Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.
Tip Cinta
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

Tuesday, August 2, 2011

Mengenali Personaliti Seseorang Melalui Bulan Dilahirkan...

Di bawah ini adalah senarai personaliti seseorang melalui bulan ia dilahirkan.Semoga anda mendapat manfaat daripadanya.
BULAN JANUARI
  • bercita-cita tinggi dan serius orangnya
  • suka mendidik dan dididik
  • sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • rajin dan setiap perkara dibuat seperti nampak keuntungannya
  • suka smart,kemas dan teratur
  • bersifat sensitif,berfikiran mendalam
  • pandai mengambil hati orang lain
  • pendiam kecuali telah dirangsang
  • agak pemalu,daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya pada orang lain
  • cukup sayang pada kanak-kanak
  • suka duduk rumah
  • setia pada segala-galanya
  • perlu belajar kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi
BULAN FEBRUARI
  • berfikiran abstrak
  • sukakan perkara-perkara realiti
  • bijak dan genius
  • mempunyai personaliti yang mudah berubah
  • mudah menawan hati orang lain
  • agak pendiam,pemalu dan rendah diri
  • jujur dan setia pada temannya
  • keras hati untuk mencapai matlamat
  • tidak suka dikongkong
  • mudah memberontak apabila dikongkong
  • suka kegiatan yang lasak
  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • mudah mempamerkan perasaan marah
  • tidak suka kepada perkara-perkara remeh-temeh
  • suka berkawan tetapi tidak suka mempamerkan sikap kekawanannya
  • sangat berani dan suka memberontak
  • bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikannya
  • pemerhatian yang tajam
  • suka hiburan dan sukan
  • suka kepada perkara berkaitan kesenian
  • sangat romantik secara dalaman tetapi tidak pada luaran atau zahirnya
  • sangat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • sering belajar untuk mempamerkan emosinya pada orang lain
BULAN MAC
  • berpersonaliti yang menarik dan menawan
  • mudah didampingi oleh orang lain
  • santa pemalu dan pemendam rasa
  • sangat baik secara semulajadi,jujur,pemurah dan mudah berasa simpati
  • sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan oleh orang lain malah diri sendiri dan alam persekitaran
  • suka pada kedamaian
  • sangat peka pada orang lain
  • sesuai dengan kerjaya yang melibatkan orang ramai
  • tidak cepat marah dan sangat amanah
  • tahu membalas budi dan tahu mengenang budi orang lain]
  • pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • kecenderungan untuk berdendam jika tidak dapat mengawal perasaan
  • suka berangan-angan
  • suka melancong
  • sangat manja dan suka memberi perhatian yang sangat tinggi
  • kelam-kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumahtangga
  • mempunyai bakat seni dalam bidang muzik
  • berkecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
  • jangan terlalu moody
BULAN APRIL
  • sangat aktif dan dinamik
  • cepat membuat keputusan tetapi suka menyesal dengan keputusan yang diambil
  • sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • mempunyai daya mental yang sangat kuat
  • sangat suka mendapat perhatian orang
  • sanat diplomatik(suka memujuk),berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
  • sangat berani dan tiada perasaan takut
  • suka adventure ,pengasih,penyayan,sopan-santun dan pemurah
  • emosi cepat terusik
  • mudah mempunyai sikap dendam
  • agresif,kelam-kabut untuk membuat keputusan
  • kuat daya ingatan
  • gerak hati yang sangat kuat
  • pandai mendorong dan memotivasikan orang lain
  • suka sakit kepala dan dada
  • sangat cemburu
BULAN MEI
  • keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran yang tajam
  • mudah marah kerana tidak pandai mengawalnya
  • pandai menrak hati orang lain
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik daris segi menal dan fizikal
  • tidak perlu kepada motivasi orang lain
  • berpendirian agak lemah
  • mudah dipujuk oleh orang lain
  • suka berangan-angan
  • bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
  • daya khayalan yang tinggi
  • pemikiran yang tajam
  • pandai berdebat
  • mempunyai keadaan fizikal yang baik
  • kelemahan dari segi sistem pernafasan
  • suka kepada sastera,seni,muzik dan melancong
  • tidak suka duduk di rumah
  • tidak mempunyai ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros
BULAN JUN
  • berfikiran jauh dan berwawasan
  • mudah ditawan kerana bersikap baik
  • berperangai yang lemah-lembut
  • tidak suka menyakiti orang lain
  • mudah berubah sikap,perangai,idea,mood
  • mempunyai banyak idea baru
  • bersikap sensitif
  • sentiasa aktif berfikir
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • bersikap suka menangguh-nangguh
  • bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka membuat lawak dan pandai bergurau
  • otaknya cerdas dan suka berangan-angan
  • mudah berkawan dan pandai berkawan
  • orang yang sangat tertib
  • pandai mepamerkan sikap pada orang lain
  • mudah berkecil hati
  • mudah selsema
  • suka berkemas diri
  • cepat berasa bosan terhadap sesuatu
  • sikap terlalu memilih dan selalu memberi komen
  • kurang mempamerkan perasaan dalaman
  • merajuk(sangat kecewa) apabila hati terluka
  • suka kepada barangan  berjenama
  • mudah menjadi eksekutif
  • degil
  • sesiapa yang memuji dirinya dianggap musuh tetapi sesiapa yang menegurnya adalah kawannya.

BULAN JULAI
  • sangat suka didampingi
  • banyak berahsia dan sukar dimengerti(terutamanya lelaki)
  • agak pendiam tetapi mudah bercakap apabila dirangsang
  • ada harga dan maruah diri
  • tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan orang lain
  • mudah dipujuk dan bersikap lurus
  • sangat menjaga hati orang lain
  • sangat peramah
  • emosi sangat mendalam tapi hati mudah terluka
  • berjiwa sentimental
  • jarang berdendam
  • mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi tidak dapat melupakan kesalahan tersebut
  • tidak suka perkara remeh-temeh
  • suka membimbing secara fizikal dan mental
  • sangat peka,serta penyayang
  • layanan yang serupa dengan semua orang
  • sangat tinggi rasa simpati kepada orang lain
  • pemerhatian yang tajam
  • suka menilai orang melalui pemerhatian
  • mudah dan rajin belajar
  • suka muhasabah diri
  • suka duduk di rumah
  • suka tunggu kawan datang kepadanya tetapi tidak suka mencari kawan
  • tidak agresif kecuali terpaksa
  • lemah dari segi kesihatan perut
  • minta disayangi
  • mudah terluka hati tapi lambat pulih
  • terlalu mengambil berat
  • rajin dalam membuat kerja
BULAN OGOS
  • suka berlawak
  • mudah tertawan kepadanya
  • bersopan-santun dan mengambil berat terhadap orang lain
  • berani dan tidak tahu takut
  • orang yang tegas dan bersikap kepimpinan
  • pandai memjuk orang lain
  • terlau pemurah dan terlalu ego
  • nilai harga diri yang sangat tinggi
  • dahagakan pujian
  • semangat juang yang tinggi
  • cepat marah dan mudah mengamuk
  • mudah marah apabila pandangannya dikritik
  • sangat cemburu
  • daya pemerhatian yang tajam
  • cepat berfikir
  • suka berdikari
  • suka berangan-angan
  • berbakat dalam seni lukis,hiburan dan silat
  • sangat sensitif dan tidak mudah merajuk
  • cepat terkena penyakit
  • suka belajar untuk berehat
  • sikap kelam-kabut
  • romantik,dan berkasih-sayang
  • suka mencari kawan
BULAN SEPTEMBER
  • sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur
  • sangat cermat,teliti dan teratur
  • suka menegur kesilapan orang lain dan suka mengkritik
  • pendiam tetapi pandai bercakap
  • sikap tenang dan mudah simpati kepada orang lain
  • sangat prihatin dan terperinci,amanah,setia dan jujur
  • kerja yang dilakukan sangat sempurna
  • sangat sensitif secara keterlaluan
  • orang yang banyak berfikir
  • daya penaakulan yang baik
  • otak cerdas dan mudah belajar
  • suka mencari maklumat
  • terlalu mengkritik hingga menyebabkan orang lain rasa benci
  • pandai mendorong diri sendiri
  • mudah memahami orang lain
  • suka hiburan,sukan dan melancong
  • kurang menonjolkan perasaannya kepada orang lain
  • terluka hatinya sangat lama disimpan
  • terlalu memilih pasangan
  • sukakan benda yang luas
  • bersistematik
BULAN OKTOBER
  • suka bersembang
  • suka orang yang sayang kepadanya
  • suka ambil jalan tengah
  • sangat menawan dan bersopan-santun
  • kecantikan luar dan dalam
  • mudah berasa simpati dan pentingkan kawan
  • sentiasa berkawan
  • hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
  • cepat marah
  • seperti agak pentingkan diri sendiri
  • tidak menolong orang lain kecuali diminta
  • suka melihat dari perspektifnya sendiri
  • tidak suka menerima pandangan orang lain
  • emosi yang mudah terusik
  • suka berangan-angan dan pandai bercakap
  • emosi yang kelam-kabut
  • daya firasat yang sangat tinggi
  • suka melancong,seni dan bersastera
  • pengasih,penyayang dan lemah-lembut
  • romatik dalam percintaan
  • mudah terusik hati dan cemburu
  • suka ambil berat orang lain
  • suka kegiatan luar
  • orang yang adil
  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • mudah patah semangat
BULAN NOVEMBER
  • banyak idea
  • sukar untuk dimengerti
  • berfikiran kehadapan
  • berfikiran unik
  • penuh dengan idea-idea luarbiasa
  • pemikiran yang tajam
  • daya firasat yang tinggi
  • ada ciri-ciri menjadi doktor
  • cermat dan teliti
  • perosnaliti dinamik
  • teralu keras hati dan degil
  • suka berangan-angan
  • banyak berfikir dan tidak pandai bercakap
  • mudah mengambil berat tentang orang lain
  • mudah kecewa apabila dikritik
  • tidak pandai menghargai pujian
  • romatik dan emosi yang sangat mendalam
  • kelam-kabut
  • suka duduk dirumah
  • tidak pandai mengawal emosi
  • jujur dan setia
  • tidak pandai berkasih-sayang
BULAN DISEMBER

  • setia dan pemurah
  • bersifat patriotik
  • bersikap aktif dalam permainan dan pergaulan
  • bercita-cita tinggi untuk berjaya dan berusaha mencapainya dan berjaya
  • boleh menjadi orang yang berpengaruh dalam sesuatu oraganisasi
  • seronok didampingi
  • suka berkawan dan dengan orang
  • bijak mengatur masa
  • kurang pandai berpura-pura
  • jujur,amamah
  • cepat marah
  • daya fikir yang sangat tinggi dan tajam
  • perangai yang berubah-ubah
  • tidak mudah ego
  • sangat pentingkan harga diri
  • tidak suka pada konkongan
  • suka berlawak
  • berfikiran logik
  • suka aktiviti riadah
  • orang yang adil
  • suka ambil jalan tengah
  • otaknya cerdas
  • otaknya sangat bijak dan mudah belajar
  • berpersonaliti menarik

Monday, August 1, 2011

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk...


Baru lepas membaca masej seorang lelaki yang sensitif meluahkan isi hati dia. Lelaki ini kawan kepada kawan saya. Dia ni sensitif macam mana ye..Tak adalah sensitif sangat tapi cepat merajuk. Aik, bukan sama ke antara merajuk dan sensitif. Apa-apa jela..Sekali dengar bunyi macam pelik juga bila ada lelaki cepat merajuk tapi lelaki juga manusia biasa yang ada perasaan. Tapi, Kalau dah keterlaluan sangat merajuk dia itu sudah melampau!
Saya pernah dengar lelaki yang suka merajuk ini biasanya anak emak. Sejauh mana kebenarannya saya tidak tahu sebab saya malas nak ambil tahu pasal lelaki merajuk.. Kata orang kalau lelaki merajuk ni susah nak pujuk balik. Betul ke?

Antara tanda-tanda bila lelaki merajuk
1. Dia akan senyap sepanjang masa. Lelaki ni bukan macam kaum perempuan. Dia merajuk cool. Walaupun kita bercakap sejuta perkataan sekali pun dengan dia, jangan harap lah dia nak balas balik. Jadi bila lelaki merajuk ibaratnya kita bercakap dengan patung.
2. Tidak melayan masej. Dia akan biarkan saja masej masuk tanpa ada perasaan untuk membalasnya.
3. Masam muka sepanjang masa. Yang ini boleh buat kita sakit hati. Lagi teruk dia boleh tarik muka. (lagi buruk)
4. Hisap rokok sekotak. Memang dah parah ni.
5. Menangis. Ada juga ke lelaki yang merajuk menangis..? Agak susah nak terima.
Bila lelaki dah merajuk, perlu ke perempuan pujuk?

Bagaimana Memujuk Lelaki Merajuk...

BURUK KAN BILA LELAKI MERAJUK..HAHA | TIPS BAGAIMANA NAK PUJUK~??

dalam perhubungan antara lelaki dan wanita..
pasti terjadinya keadaan rajuk merajuk..berkecil hati..
bukan pasangan bercinta sahaja...pasangan suami isteri pun sama..
bajet nak bermanja la tu..haha
sedangkan lidah lagi tergigit kan...

jangan biarkan keadaan berlarutan yerr..
kita perempuan..jangan ingat kita aje yang perlu dipujuk..
(amboi..manyak santekk~!!..lelaki pun nak dipujuk tau..ahakss)



bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia~??


1. berikan si dia ruang untuk bersendirian
dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya...biarkan dia..
dia perlukan masa untuk dia berfikir sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku..
lagi ada menganggunya waktu itu..lagila jiwanya kacau..huhu


2. sentiasa memberikan si dia sokongan
sebagai seorang pasangan yang memahami..
berikan si dia sokongan yang diperlukan...
sebagai contoh...
jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda..
biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan...
ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda...
kerana..walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen..
tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku...


3. jangan bertanyakan tentang perasaannya
ketika si dia sedang merajuk..
jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku..
 kenapa dia merajuk..apakah perasaannya..dan sebagainya..
elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya..
 kerana ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya..tany sekali cukupla...kalau dia tak jawab..dah..hehe


4. buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati sendiri
 pada ketika itu.. si dia perlukan ruang untuk bersendirian..
 jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda.. mungkin dengan melakukan hobi kesukaan anda seperti blogging..fb ataupun shopping..haha


lelaki..sama juga seperti wanita..ada jiwanya..
jadi..samalah kita menjadi yang terbaik dari yang terbaik..hehe

-end-

lelaki ensem vs lelaki x ensem


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…
JUST FOR FUN..^_^

Memahami Sifat Lelaki....


1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.
8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.
Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.
9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”.

10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.

13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang vmemulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.