Thursday, July 28, 2011

KeSaN KaFeIn DaN KoPi

Aku terlintas na share ngan korang psal kesan kafein ni sbb nyer aku ni suka minum air nescafe..hak33..aku memang suka sngat minum nescafe..byangkan smpai 5gelas shari ak minum nescafe..fuhh..tp risau gk kan..yela effect dia pom ak xthu..skrang ak dh thu..ni dia effect nyer...

kopi dan kaffein

Kopi merupakan minuman paling popular di dunia, 400 billion cawan kopi diminum setiap tahun… bangga ni sebab jadi salah seorang penggemar kopi….nak jugak tumpang glamer.... Bau, rasa dan aromanya terhasil dari gabungan 1000 komponen kimia yang terdapat dalam kopi.


biji kopi di pokok....ada tak pernah tengok?

Teringat masa kecil dulu…ada beberapa pokok kopi kat belakang rumah…arwah tok aku selalu petik dan buat kopi sendiri, dia panggil kopi… kawer –sebut: ka-were.. sedap minum kawer yang tok aku buat….

Bila bercerita pasal kopi, tak dapat di elak mesti terkait cerita pasal kafein…yelahkan 75% kafein yang digunakan datangnya dari kopi, sumber kafein yang lain datangnya daripada coklat, teh dan minuman bergas. Kafein ni bukannya nutrient, seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh di kelaskan sebagai dadah. Seperti dadah dadah yang lain…kebaikan dan keburukan nya bergantung kepada pengguna.

Berapa banyak kafein yang datangkan mudarat pada manusia…?


terlebih kopi ni....

Secara purata penggemar kopi minum 3.4 cawan sehari, iaitu lebih kurang 300 miligram kafein sehari…jumlah ini tak akan memberikan kesan buruk kepada penggemar kopi. Setiap jam badan akan menyingkirkan 20% kafein yang ada. Dos yang boleh membunuh ialah 10 gram iaitu meminum 100 cawan kopi dalam masa 4 jam..Jumlah kafein bergantung kepada penyediaan kopi- bagaimana ia di roasted dan brewed….secawan kopi di starbuck ada 259 mg kafein tetapi hanya 149 mg di dunkin donut…haha aku tak pernah minum di starbuck….minum kopi yang di beli kat pasar payang aje….

….sebab aku suka kopi…kesan baik aku cerita banyak….

Kajian banyak dijalankan terutamanya oleh Institute of Coffee Studies untuk megetahui kesan kafein terhadap kesihatan manusia dan kebanyakkannya mendapati kesan baik adlah lebih berbanding kesan buruk .

Kajian di Harvard mendapati pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita. Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit Parkinson, 25% kurang risiko mendapat barah usus dan 80% kurang risiko mendapat kerosakan hati. Ubat-ubat yang di gunakan untuk merawat Parkinson juga mengandungi kafein.

Kajian yang di jalankan di Kanada mendapati kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih, meransang aktiviti otot dan dapat meningkatkan keupayaan seorang athelit….pengambilan 2 mug kopi sebelum bersukan akan menambahkan endurance dan keupayaan seseorang…kesan yang sama dapat di capai dengan mengambil 8 gelas cola. Kaffein diharamkan penggunaannya oleh ahli jawatan kuasa Olimpik. Jika ada kesan kaffein sebanyak 12mcg/ml kencing,-5 cawan kopi, penyertaan atlit akan di haramkan..

Kajian di Brazil, mendapati bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan, menyebabkan lebih aktif dan mudah menerima pelajaran.


rehat jap...nak gi minum kopi dulu...

Antara kesan buruk jika meminum kopi secara berlebihan ialah, rasa berdebar-debar, menggigil/ketar tangan,meningkatkan paras kolesterol, gangguan tidur, tulang cepat reput….


sedih je bang....terlebih kopi ke..???

1 comment:

  1. Salam bang , sy nk share sikit sy bkn penggemar caffein sbb sy kalah , bila mnm caffein sma ada byk atau quantiti sikit sy akan brasa mggigil . Oleh sbb itu sy putuskn utk tidak mgambil sbrg caffein tak kira la kopi , nscafe smua sy block . Dsni sy nk tnya adakah org sprt sy ada masalah imun bdn . ?

    ReplyDelete