Monday, December 26, 2011

Kenapa Perempuan Curang????

1# seorang perempuan jika dia sudah menyukai dan menyayangi seseorang, susah untuk perempuan ini melepaskan lelaki tersebut kecuali berlaku perkara yang menyakitkan hati perempuan tersebut sehingga menyebabkan kepercayaan perempuan itu terhadap lelaki tersebut hilang. dalam kata yang lain, bila laki tu kata ada kerja kat luar negeri, perempuan tu percaya pada lelaki tersebut, padahal yang sebenarnya, lelaki tersebut pergi bernikah dengan minah Siam.
2# perempuan memang mempunyai sifat semulajadi di mana dia suka akan perhatian. tak kisah la sama ada dia yang cari perhatian atau orang lain yang cari perhatian pada diri perempuan tersebut. contohnya, kalau la time laki tu keluar dating dengan aweknya sambil ditemani oleh emak saudara lelaki terbabit, lelaki tersebut memberi perhatian yang lebih kepada emak saudaranya yang berusia 75 tahun itu. maka dengan secara semulajadinya, aweknya akan naik cemburu, naik marah dan akan naik benci akan emak saudaranya jugak. maka perempuan tersebut akan berlaku curang terhadap lelaki terbabit supaya lelaki itu merasai perkara yang sama perempuan itu alami.
3# perempuan akan berlaku curang jika teman lelakinya hanya tahu kerja. alasan yang selalu diberikan adalah untuk mencari sumber kewangan buat hantaran kahwin nanti. kalau setakat sekali dua ok la.. tapi kalau setiap kali ajak nak keluar time hujung minggu pun, laki tu bagi alasan sibuk keje jugak.. huh? hujung minggu tu.. memang betul2 work-ka-horlicks la laki tu. tapi selepas lima tahun menunggu pun, tak de jugaknya nak masuk minang. hampeh..
4# sekarang kan dunia dah maju dengan segala bagai teknologi canggih yang muncul. tapi kadang-kadang, sebab teknologi jugak lah perempuan berlaku curang. lelaki memang terkenal dengan sifat yang panas baran kan. jadi kalaulah ada kawan baik laki ni pergi report kat teman lelaki perempuan berkenaan, yang aweknya keluar makan dengan orang lelaki yang agak berusia di hotel 10 bintang, siap tunjuk dengan gambar yang diambil dengan menggunakan i-Pad, teman laki tersebut terus hangin. call aweknya, tanpa soal selidik terus marah-marah tak tentu pasal. padahal aweknya tu keluar makan dengan atuknya sendiri. huhuhu..
5# berbeza dengan lelaki, perempuan tidak lah cepat percaya sangat dengan khabar yang dibawa oleh angin. jika angin telah menyampaikan khabarnya, perempuan tersebut akan mencari kebenaran akan khabar tersebut. dia akan menyiasat sendiri. dan jika penyiasatannya berjaya membuktikan khabar tersebut, maka terputuslah hubungan mereka ditengah jalan. dan ketika ini, tidak salah rasanya untuk berlaku curang terhadap lelaki terbabit untuk memberi pengajaran.
6# selain itu, kadang-kadang perasaan untuk membalas dendam terhadap teman lelakinya terdahulu boleh terbawa-bawa kepada teman lelakinya sekarang. jadi disebabkan itu jugaklah perempuan tersebut boleh curang. nak balas dendam pada yang dulu, tapi tak dapat. maka yang sekaranglah menjadi mangsanya. jangan nak salahkan perempuan, lelaki yang mulakan dahulu.
*Google*stab2
walau apa pun berlaku, perempuan dan lelaki tu saling melengkapi antara satu sama lain. jadi, belajarlah untuk menerima dan menghargai pasangan masing-masing.

No comments:

Post a Comment